Segala yang terdapat di blog ini adalah perkongsian pengalaman dan idea dari penulis. Setiap bahan yang dipaparkan adalah hanya rujukan semata-mata. Penulis hanya memberi pandangan dan idea tersendiri dari pengalaman. Penulis tidak bertanggunjawab segala kerugian disebabkan dari maklumat ini.

Sunday, April 13, 2008

Tanda2 Stres Panas

Secara umum, ternakan akan menderita stres panas bila menunjukkan salah satu dari tanda2 berikut:


1. Bernafas dengan cepat, terangah-angah dan sayap direntangkan.
2. Pengsan, atau kejang.
3. Lesu.
4. Kulit menjadi kasar dan warnanya kelihatan tidak menarik.
5. Produksi menurun tanpa sebab yang jelas.
6. Berat menurun(ketidakselesaan atau selera makan menurun).
7. Kematian meningkat.

Bila ayam tersebut dibedah, maka:

1. Ototnya kering.
2. Darah lebih pekat dan warnanya lebih gelap dari biasa.
3. Kaki menjadi kering.
4. Isinya keras dan liat.

Bila tubuh mengalami stres panas, ayam akan minum lebih banyak dan selera makan menurun. Bila ayam sakit atau mengalami stres, suhu tubuhnya lebih tinggi. Ayam minum lebih banyak, laju pernafasan meningkat, denyutan jantung menurun dan bahan buangan menjadi basah(cirit).
Hal ini yang menyebabkan produksi menurun dan akhirnya menyebabkan kematian.

No comments: