Segala yang terdapat di blog ini adalah perkongsian pengalaman dan idea dari penulis. Setiap bahan yang dipaparkan adalah hanya rujukan semata-mata. Penulis hanya memberi pandangan dan idea tersendiri dari pengalaman. Penulis tidak bertanggunjawab segala kerugian disebabkan dari maklumat ini.

Saturday, April 12, 2008

Stres???


Bagaimana mengetahui ayam yang mengalami stress?

Tanda2 dari stres panas adalah bila mulut ayam terbuka terangah-angah, sayap terbuka dan jongkok di lantai. Dengan mengatur posisi bulunya, ayam mencuba membuang panas dari tubuhnya. Ayam terangah-angah mengeluarkan wap air dalam nafasnya dan menyejukkan tubuhnya melalui penguapan dari permukaan paru2.

Meskipun ayam tidak sakit, tapi ini merupakan masalah serius bagi penternak oleh kerana melalui pengalaman dapat diketahui bahawa produksi akan menurun dan keadaan tidak nyamanan bagi ayam dan berasa tidak selesa. Bila tidak diatasi dan keadaan semakin buruk maka ayam tersebut akan mati.






No comments: