Segala yang terdapat di blog ini adalah perkongsian pengalaman dan idea dari penulis. Setiap bahan yang dipaparkan adalah hanya rujukan semata-mata. Penulis hanya memberi pandangan dan idea tersendiri dari pengalaman. Penulis tidak bertanggunjawab segala kerugian disebabkan dari maklumat ini.

Saturday, April 12, 2008

KFC







"Sehingga mejilatkan jari....."



Seringkali kita menonton atau mendengar dari tv dan radio iklan KFC yang memainkan lagu ini. Tapi tahukah anda bahawa dari sebalik lagu ini, adakah anda tahu kesusahan setiap peladang yang memainkan peranan penting untuk tujuan ini?

Ok.. apa yang ingin saya sampaikan disini ialah tahukah anda bagaimana proses setiap ekor ayam yang di keluarkan dari ladang ternakan sehingga menjadi ke ketulan ayam yang ranggup serta keenakan baunya daging ayam tersebut di meja makan anda.

Dari pertama kali memijak kaki di ladang telah pun saya rasa penat lelah setiap peladang itu. Tapi adakah ia mengeluh, tidak. Adakah ia mengalah, tidak. Dari setiap sudut saya dapat rasakan kesusahan itu. Bau tahi ayamnya bukan main wanginya(sebaliknya). Dari hari pertama sehinggalah ayam itu berumur lebih kurang 40 hari baru anda akan mendapat hasil darinya. Tapi tahukah anda, proses pembesaran anak ayam tersebut? Jawapannya: Tidak.

Sejak anak ayam berumur satu hari lagi, penjagaan sudah mesti diadakan, kesejukan anak ayam dirasai pada waktu malam dijaga rapi dengan memasang alat memanas (hitter). Waktu musim hujan pula takut dibasahi air hujan dan kesejukannya pula bagaimana mengatasi? Bagaimana pula dengan penyakitnya jika datang tiba-tiba? Bagaimana mengelakkannya dan mencegahnya? Bukan main penat siang hari atau malam dijaga rapi. Dari segi perubatan pula sukatan yang diberi harus diberi penuh perhatian. Pembasmian kuman semestinya diutamakan.



Ini hanya proses pembesaran anak ayam sehingga seminggu lebih kurangnya, bagaimana pula dengan proses pembesaran untuk ayam dewasa??
Kepada pengguna yang sering kali komen ini komen itu, harap faham-fahamlah pada penternak-penternak yang amat membanggakan ini.





p/s: harap maaf jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

2 comments:

yy said...

kadang-kadang saya akan fikir kenapa budak pada masa sekarang banyak yang berbadan besar...
selepas melalui KxC, saya sudah dapat jawapan..
kemungkinan besar, budak-budak tu terlalu banyak KxC dan menyebabkan diri cepat besar macam ayam tersebut..

shany said...

yy你好!
谢谢你来访。

ya memang betul. kata orang tua2 dulu ayam yang dibela mengambil masa 50-65 hari lamanya. tapi sekarang 30-40 hari sudah boleh nampak hasilnya. ini agak terkejut jugakan!