LADANG TERNAKAN-di KAMPONGKU

Segala yang terdapat di blog ini adalah perkongsian pengalaman dan idea dari penulis. Setiap bahan yang dipaparkan adalah hanya rujukan semata-mata. Penulis hanya memberi pandangan dan idea tersendiri dari pengalaman. Penulis tidak bertanggunjawab segala kerugian disebabkan dari maklumat ini.

Wednesday, April 16, 2008

Tanda2 Penyakit

Tanda-tanda penyakit yang sering dihadapi atau dijumpai oleh setiap penternak adalah seperti berikut:-






ND






IB








Gumboro










Fowl Cholera








Coccidiasis









Coryza






Skim Kontrak Ternakan ayam Daging

Untuk penternak-penternak baru yang ingin menceburi dalam bidang ini bolehlah melawati laman web dibawa ini:

http://www.usahawantani.com/2007/11/skim-kontrak-ternakan-ayam-daging.html

Heat Stress


"Heat Stress"???

Telah pun saya perkenalkan dari awal lagi dalam ternakan ayam ia amatlah penting , lebih-lebih lagi pada cuaca sekarang.
Ternakan tersebut walaupun diperlihara sejak dari awal pertama hari anak ayam itu masuk sehinggalah dua minggu umurnya. Beratnya memang memuaskan hati penternak tetapi kalau tak dijaga rapi anda akan terkejut melihat perubahannya, iaitu dengan tiba-tiba kematian meningkat dengan tanpa sebab masuk minggu ke-3. Jangan disangka dari luar memang tak bermasalah tetapi inilah masalah bermula.

Bila keadaan panas dan kering

Percikan air dilakukan untuk meningkatkan kelembapan(untuk ayam dewasa). Suhu yang meningkat akan menurun dan kelembapan dan kedinginan dapat dirasai.
Manakala untuk kandang terbuka disyorkan memasang kipas angin untuk ayam yang berumur dalam 21hari (percikan air tidak digalakkan).

Monday, April 14, 2008

Kipas Angin


Kipas angin akan mengalirkan udara yang lebih dingin pada ayam dan akan menurunkan panas dari tubuh dan mencegah adanya kelembapan tinggi dalam kandang. Penempatan kipas angin, jarak dan tingginya harus di ambil perhatian.

Bangunan Kandang Dan Lokasi


Tumbuhan disekitar penternakan akan membantu pendinginan melalui pokok-pokok atau daun-daun. Namun akan tetapi setiap rumput atau semak akan menghalang aliran udara harus di bersihkan. Jarak antara kandang paling sesuai adalah dua kali lebar kandang.

KANDANG TERBUKA

Kandang terbuka adalah yang paling bagus untuk membuang panas. Sisi timur dan barat sebaliknya dilengkapi dengan tirai. Atap ataupun bumbung lebih curam adalah perlu diambil kira. Kipas angin di sisi kandang boleh membantu untuk pengaliran udara yang lebih baik.

Sebelum sesebuah kandang didirikan, harus diberi perhatian. Ini sangatlah penting, dari segi arah angin, arah matahari terbit dan hal-hal yang kaitan dengan peredaran udara.

Semakin tinggi atap atau bumbung dari ternakan adalah semakin baik. Kerana ini dapat mengurangi panas dari jarak bumbung. Bangunan ternakan yang baik adalah keadaan curaman bumbung sekitar lebih kurang 20-25 darjat dan dengan kelengkapan kipas angin. Pohon yang tinggi merupakan cara yang murah dan efektif untuk mengurangkan udara panas dalam kandang( seperti kebanyakan ladang ternakan yang didirikan di ladang kelapa sawit).